21062014



" jangan , nanti kalau awak hilang susah ."

itu kata dia bila aku cakap nak ambil lesen kapal terbang . kadang bila someone ambil berat tentang aku even benda kecil aku rasa hati aku mengembang . tak perlu beli bunga bagai , hanya dengan kata kata , aku boleh cair . dia cakap aku brutal tak kisah apa . tapi dia tahu kat dalam aku lembut . tapi bila aku tahu dia menipu , dia main perasaan aku , hati aku macam hancur dan tak boleh baiki . kadang aku menangis mengamuk . aku sandar pada dinding dan tanya pada diri , kenapa balasan dia teruk sangat ? kenapa aku selalu luka hati ? aku rasa aku dah tak kuat . aku tinggi suara pada mama . air mata aku dah selalu sangat jatuh mengkhianati . aku benci diri sendiri . tapi aku takut , takut masih ada serpihan harapan . aku tak nak pergi lagi . luka aku belum parah . belum tahap koma tak nak bangun . aku belum putus asa . aku masih nak usaha . usaha cari identiti . cari diri . sebab aku tahu , ni bukan aku . yang suka  marah marah , yang air mata senang tumpah , yang selalu lost , yang suka lukakan orang , bukan aku . aku bukan  macam ni . aku tak nak macam ni . aku tak punya orang nak betul betul luahkan apa yang aku betul betul rasa . semua rasa tak kena . cakap tu , yang sebelah ni terasa . cakap ni , yang sebelah tu terasa . serba salah aku . aku tak tahu macam mana nak lepas . aku jerit pada kucing , dia takut . aku tahu dia tak nak dengar . aku menulis , rasa tak cukup . belum habis cerita luka . jadi untuk kau , entah untuk keberapa kali aku beritahu , tolong pergi . tolong , jangan datang balik . aku usaha semampu aku untuk lupa semua kisah kita . dan kau ? senangnya kau datang balik . kau datang balik dan mainkan aku . tolong berhenti jadi hipokrit . kau bukan hipokrit dulu . tolong just , lupakan semua . semua yang pernah ada antara kita , biar jadi sejarah . kunci kisah kita dan buang kunci tu jauh jauh . tolong lah . tapi kalau hipokrit tu personaliti baru kau ,


hiduplah kau dalam dunia hipokrit tu . jangan ajak aku . aku tak mahu .

Comments

Popular posts from this blog

08052014

self appreciating

put a stop to this game